Wednesday, June 27, 2012

Tanggungjawab kita sebagai anak..

Assalamualaikum...


      Semalam, kak aku kol mak kat kampung.. kg nunnnnn jauhhh di sana --> Yan, Kedah ! Sembang pasal mak sat, tanya kabar semua tuh, sihat x, kaki ok ke x..bla,bla,bla.. pastu aku tanya kat mak pasal anak ayam, kucing, arnab, angsa, sawa semua tuh...semua ok.. anak kucing pun makin besaq.. den aku tya, "mak dah bawak anak kucing yg berak cacing tu p pejbat vet belum? " mak aku cakap belum...sibukkkkk sangat2 kerja macam2.. aku taw mmg mak aku busy.. aku sll duk tya adik aku kut twitter pasal keadaan umah n mak aku..yelah aku risau kat mak sebab settle hal umah penat sejak maid xdak ni..kedak aku yg sll kemas umah..tp skrg duk jauh dr mak, mak la tepaksa buat keja, adik pompuan aku sorg tu ada la tolong, tp dia pun busy dgn kelas n aktiviti usrah kat sekolah..
     So, aku pun cakap kat mak aku, " xpalah mak, xyah gaduh2 lagi, nnt kakmaj balik, kakmaj bawak anak kucing tu p pejabat vet " (gaduh2 = bukan bergaduh ya adik2, bahasa utara len maksud dia, means kuih gado2 xyah kalut2 laa) " n xpa, kakmaj balik ni, kakmaj ambik alih balik ayam n semua tuh.. " . Mak aku plak jadi serba salah, mak cakap " Kesian kakmaj kan, sejak balik dari bintulu, xpenah nak rehat kan.. ada2 ja kerja kena buat.. jaga ayam la.. skrg jadi babysitter laa.. nnt balik dr london, nak kena urus binatang2 ni balik pulak ".. Maka aku pun jawab " Alahhh, xpalah mak..bukan susah pun semua kerja tu.. dah kakmaj minat, no hal la.. "
    Memang kekadang tu aku rasa penat buat kerja uruskan semua binatang ayam, angsa, kucing, arnab kat rumah..tp sebab aku minat dengan kerja2 ni, aku x kisah..kekadang mmg rasa malas gila (kalau mood malas melanda) tapi bila fikir ada tanggungjawab, aku buat jugak..sebab tu amanah kan.. plus kalau kita buat kerja dgn ikhlas, niat kerana Allah, dapat pahala kan..
    Dan aku sebagai anak, wajib jalankan tugas aku. Dah 21 tahun mak jaga aku kan, aku kena laa balas balik segala jasa mak.. aku fikir tu ja.. Plus adik beradik aku dah banyak kawen n ada komitmen diorg sendiri.. so aku lah jdik kak long sekarang.. kenalah ringankan beban mak..
    Time habis diploma ni jelah time aku boleh spend sepenuhnya tolong mak kat dapur, kat kebun, kat umah.. lepas ni kalau masuk blajaq sambung degree, boleh balik pun bukan selalu..
     So kepada rakan2 kat luaq sana tu.. kalau tengah cuti ka apa ka.. tolong2 lah mak kat rumah.. penat mak kita jaga kita.. xsusah pun kita nak jaga n balas jasa mak kita tu.. kepada anak2 perempuan, tolong2 la mak masak, kemas umah ka apa2 laa.. dan kepada anak laki tu..haaa jangan malas2.. tolong la mak jugak..angkat barang apa2 ka, tolong kat kebun time petang ka, jangan duk kira nak p main bola jaaa petang2 tu.. Cakap kat mak, " mak, kalau ada apa2, cakap la kat ceq, bagi ceq buat.. Mak duk rehat dah la, xyah buat kerja banyak sangat " ... kalau mak korang dengaq, mesti dia terharu n bersyukur ada anak yg baik.. sejukkk hati mak..
    Macam abang aku, dia skrg final year degree.. dia hujung minggu dia akan try balik gak..dia bukan balik rehat2 semata2 nak makan mak aku masak.. dia balik tu kemas itu ini..yelah umah luas sgt, so keja x habis2.. selalu tolong kat kebun.. dan dia rajin blend buah buat jus, buat banyak2 ntuk kami semua minum.. kadang2, time kami masak, dia pun sibuk kat dapoq nak tolong apa yang patut.. so korang yg laki2 tu, masuk2 la dapoq gak..bukan masuk makan ja, tp tolong masak, basuh blanga pinggang semua tuh..
     Kalau boleh aku nak berkhidmat sebaik mungkin dengan mak aku..xkisahlah buat kerja apa pun..asalkan boleh ringankan beban mak.. sebab time ni jelah time aku nak balas jasa mak aku :)
Ni la mak aku.. cantik kan.. sayanggg mak.
 Dalam Islam pun sangat menitikberatkan kita supaya berbakti kepada ibubapa kita selagi mereka masih hidup.. aku nak kongsi sikit hadis yang aku ambik dari blog saudara ahmad kamil  

عن عبد الله بن عمرو بن العاص:جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فأستأذنه في الجهاد,فقال:أحي والدك؟قال:نعم:قال:”ففيهما فجاهد.
Maksudnya: “Daripada Abdullah bin Amru ibnu ‘asr Radiallahu ‘anhum, seorang lelaki mendatangi nabi solallahu ‘alaihi wasallam kemudian meminta izin baginda untuk turut terlibat berjihad. Baginda bertanya: Adakah ibu bapa kamu masih hidup? Jawabnya: Ya! Kata baginda: Berbaktilah kepada mereka dan ia adalah jihad.”  — Hadis Riwayat Imam Bukhari, hadis no. 3004


عن أبي هريرة قال: جاء رجل إلى النبي صلى الله عليه وسلم فقال:من أحق الناس بحسن صحابتي؟قال:أمك ,قال:ثم من؟ قال:ثم أمك قال:ثم من؟قال:ثم امك,قال ثم من؟قال :ثم أبوك
Maksudnya: “Seorang lelaki datang menemui Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam dan bertanya: “Siapakah manusia yang paling berhak untuk aku layan dengan sebaik-baiknya?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?” Baginda menjawab: “Ibu kamu.” Dia bertanya lagi: “Kemudian siapa?”Baginda menjawab: “Ayah kamu”.  — Hadis sahih Riwayat Imam Bukhari & Imam Muslim ; lafaz Bukhari hadis no 5971]

معاوية بن جاهمة قال:أتيت النبي صلى الله عليه وسلم فقلت:يا رسول الله إني كنت أردت الجهاد معك ابتغي بذالك وجه الله والدار الاخرة ,قال : ويحك أمك؟قال نعم,قال أرجع فبرها
Maksudnya: Mu’awiyah bin Jahimah berkata, Aku bertemu Rasulullah solallahu ‘alaihi wasallam dan berkata, “Wahai Rasulullah, aku ingin mengikuti berjihad bersamamu Rasulullah untuk mencari darinya itu wajah Allah dan negeri Akhirat. Rasulullah lalu bertanya: “Adakah kamu masih mempunyai ibu?” Jahimah menjawab: “Ya.” Lalu Rasulullah bersabda:“Pulanglah kepadanya dan berbaktilah kepadanya.”
– Hasan Sahih; Dikeluarkan oleh Imam an-Nasai , hadis no 3104–


Sekian, sedikit perkongsian dari saya ... Wassalamu.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...